Saturday, 5 December 2015

FNH

F . N . H
FOOD . NUTRIENT . HEALTH

Assalamualaikum wbt~~

Okay, memandangkan hari ni aku kurang sihat disebabkan virus – virus yang tak dikehendaki menceroboh tubuh badan aku, aku nak bincangkan betapa pentingnya makanan yang kita ambil setiap hari pada tubuh badan kita.

Pertama dalam semua, makan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zat – zat dimana makanan yang diambil cukup vitaminnya,karbohidrat,tenaga,lemak dalam kuantiti yang betul dan sebagainya seperti dalam piramid makanan yang korang selalu jumpa dekat hospital,buku – buku sains dan banyak lagi..hehhehe

Kedua, makan tepat pada waktunya. Jangan  ngada – ngada nak skip waktu makan korang. Sarapan jangan tinggal sebab tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk kita proses otak kita ni..kalau  tak  makan nanti  ngantuk  je selalu dalam  kelas..hahaha...Dalam islam pun pupuk kita bersahur sebelum puasakan..see~~huhuhu

Yang terakhir, tolong la jangan makan pastu minum air.Then, sambung makan balik..Tubuh tu nak proses yang mana satu korang agak – agak?? Amalkanlah selepas setengah jam makan baru minum air tetapi sebelum memulakan makan tu,minum sedikit air.Yang makan pedas sangat tu,aku tak dapat nak komen..bahaya memang bahaya..boleh kena appendix kawan – kawan..aihhh

Setakat tu aje aku bincangkan untuk hari ni..ingat! tubuh badan ni wajib dijaga..jangan diabaikan..jangan terlalu ikut nafsu  makan korang  je..dah sakit, baru nak nyesal..tak guna beb~~byepp


#muhasabahdiri

No comments:

Post a Comment