Monday, 21 December 2015

EPILOG

Epilog

Kringggg...kring...alarm berbunyi tapi aku tidak menunjukkan rasa ingin bangun..huhuhu..sampai lah aku terjaga dimana jam menunjukkan hampir pukul 7..dengan langkah seribu aku bersihkan diri dan mengerjakan tanggungjawab aku sebagai orang islam.Setelah bersiap –siap untuk presentation,aku keluar bilik dengan langkah bismilla..fuhhh...cuak beb!!

Tiba di perpustakaan Tun Sri Lanang....

Hilang debar ni sikit bila tengok member – member..alhamdulillah..Malang sedikit kerana kumpulan aku terpaksa tunggu giliran pembentangan di sesi yang ke2..Ya Allah,Tuhan je yang tau betapa lapar dan gigilnya aku tahan lapar..hahhaa..sampai je part akhir selepas sir bagi nasihat,,aku terus cabut cari makanan sebelum gastrik melanda memporak perandakan hari aku..hahhaha

Alhamdulillah kami selesai melakukan pembentangan walaupun banyak rintangan yang kami tempuh..huhuhu..harap rakan – rakan seperjuanganku berjaya dan terus sukses di hari yang mendatang tak lupa juga kepada pensyarah aplikasi komputer kami..

#sem1habis
#finalmenanti

#alhamdulillah

KELIRU

KELIRU

Asslamualaikum wbt~~
Sekarang ni aku keliru,confuse,buntu,tak tau nak buat keputusan yang mana satu,sama ada nak teruskan seni pertahankan diri silat atau tidak..Setiap sesuatu tu pasti ada kebaikan dan keburukannya jugakkan..

Antara kebaikannya,semestinya kita boleh pertahankan diri kita ni dari ancaman – ancaman luar ni lagi-lagi keadaan di Malaysia sekarang ni jenayah makin berleluasa..huhhhh...dunia dah akhir zaman kann..makin banyak benda pelik kita akan selalu dengar di akhbar,berita dan media sosial.Selain tu jugak,kita dapat kekalkan seni orang melayu dari ditinggalkan oleh peredaran zaman.

Tapi....


Satu je yang aku tak tahan dengan seni pertahankan diri ni..iaitu penat dan sakit..hahhh!!tu tak tahan beb lagi – lagi aku ni pelajar yang de tanggungjawab untuk belajar..hehehe..tapi secara ringkasnya, seni ni baik untuk masa akan datang..jadi,aku masih keliru..hahhahahaha!!okbaii~~

Sunday, 13 December 2015

SERABAI

Assalamualaikum wbt~~
Serabai giler aku rasa sekarang nii!!! Tak payah cakap,tengok je muka, korang da tau da keserabaian aku minggu nii..update blog pon lambat nii..huhuhu...
Kenapa aku serabai??hahahha
Sebab banyak giler assignment nak kena submit, dengan ujian undang – undang, ujian kawad, ujian praktikal..haihhh..tak ku sangka kehidupan di Universiti ni seperti macam nii..hahahha..selama ni tengok dalam televisyen, seronok je..tapi apakan daya itu semua fake semata- mata. Betul la kata orang, bila kita di sekolah rendah, kita nak ke sekolah menengah, bila kita dah disekolah menegah time tu la gedik tak sabar nak masuk U...bila di U,tak menyempat- nyempat nak keje sebab duit sentiasa kering..hahahah tapi aku tak, aku nak jadi baby..huhuh..tak nak fikir apa- apa..hahahhaha..
#syukurselalu

#muhasabahdiri

EPILOG

Assalamualaikum wbt~~
PROLOG....
Disaat aku kebuntuan untuk mendaftar set apa untuk aplikasi komputer, member aku ajak aku daftar subjek sir Azzwan..katanya sir ni ok jea..aku pon setuju..
Dengan keadaan yang tergesa – gesa aku dan member – member kajaians aku masuk ke dalam makmal dan dengan keadaan  yang agak serabai kami dibahan oleh sir Azzwan..hahahha..permulaan yang menarik bukan bagi kami untuk berjihad bagi subjek ini..huhuhu~~
Hari demi hari berlalu, kami semakin dapat menerima cara penyampaian yang diguna kan oleh Sir Azzwan dan pada aku ia teknik pemgajaran yang santai tapi berkesan..=)
Kini,tinggal tugasan terakhir kami untuk dinilai..huhu..debau je rasa disebabkan aku tau prestasi aku tidaklah sebaik coursemates yang lain..
Di hari presentation.....

                                                                                Bersambung.....

Saturday, 5 December 2015

Rindu

Assalamualaikum wbt~~

Rindu.. Itu perkataan yang boleh aku gambarkan untuk arwah abang aku..dah hampir lima tahun along meninggalkan kami sekeluarga dengan kenangan - kenangan yang masih tersemat diingatan aku..Saat kami kehilangan along, aku tertanya - tanya,kenapa begitu awal along pergi dengan meninggalkan orang-orang yang sayang sangat kat along.Tapi,itu semua takdir yang dah tertulis untuk along..Aku redha,kami redha dan semua orang redha dengan pemergian along.Along idola akak dan sampai bila - bila along idola akak..along semangat akak untuk terus belajar dan sampai bila - bila along masih semangat akak..akak doakan along bahagia sentiasa disana dengan kiriman -kiriman al fatihah kami yang masih hidup didunia..akak simpan kata-kata along sampai bila -bila..

" Study smart, don't study hard. But, both more better "
Al fatihah buat along..

FNH

F . N . H
FOOD . NUTRIENT . HEALTH

Assalamualaikum wbt~~

Okay, memandangkan hari ni aku kurang sihat disebabkan virus – virus yang tak dikehendaki menceroboh tubuh badan aku, aku nak bincangkan betapa pentingnya makanan yang kita ambil setiap hari pada tubuh badan kita.

Pertama dalam semua, makan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zat – zat dimana makanan yang diambil cukup vitaminnya,karbohidrat,tenaga,lemak dalam kuantiti yang betul dan sebagainya seperti dalam piramid makanan yang korang selalu jumpa dekat hospital,buku – buku sains dan banyak lagi..hehhehe

Kedua, makan tepat pada waktunya. Jangan  ngada – ngada nak skip waktu makan korang. Sarapan jangan tinggal sebab tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk kita proses otak kita ni..kalau  tak  makan nanti  ngantuk  je selalu dalam  kelas..hahaha...Dalam islam pun pupuk kita bersahur sebelum puasakan..see~~huhuhu

Yang terakhir, tolong la jangan makan pastu minum air.Then, sambung makan balik..Tubuh tu nak proses yang mana satu korang agak – agak?? Amalkanlah selepas setengah jam makan baru minum air tetapi sebelum memulakan makan tu,minum sedikit air.Yang makan pedas sangat tu,aku tak dapat nak komen..bahaya memang bahaya..boleh kena appendix kawan – kawan..aihhh

Setakat tu aje aku bincangkan untuk hari ni..ingat! tubuh badan ni wajib dijaga..jangan diabaikan..jangan terlalu ikut nafsu  makan korang  je..dah sakit, baru nak nyesal..tak guna beb~~byepp


#muhasabahdiri