Sunday, 27 September 2015

AKSARAKU


Assalamualaikum wbt....
Bismillahirahmanirahim...hari ini aku cuba mencoret kata-kata sebagai perkenalan di alam blogging, dan in syaa Allah blog ini akan diisi dengan coretan hasil tangan aku sendiri.

Nama yang dikurniakan ialah Fatin Nur Hazierah Binti Ruzaini. Puteri sulong kepada Encik Ruzaini dan Puan Faizah. Mempunyai dua orang 'bodyguard' dirumah iaitu abang aku..khikkhik...dan seorang adik lelaki dan adik perempuan yang montel.

Melihat dunia pada 13 November tahun 1996 dan secara rasminya aku masih berumur 18 tahun.huhuhu.feeling muda kejap (mata keatas tangan di bahu). dengan bangga aku adalah anak jati Melaka. 

Aku memulakan langkah dialam persekolahan seperti biasa di tadika di mana aku mengenal huruf dan seterusnya di Sek. Keb. Jalan Dato' Palembang, dengan result UPSR yang cukup-cukup makan aku melangkah ke Sek. Men. Bukit Baru. Alhamdulillah aku diterima untuk menempatkan diri di Sek.Men.Teknik Melaka.

Selepas result SPM,aku meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor dalam jurusan Perakaunan.Alhamdulillah berkat usaha dan doa dari orang-orang tersayang. Aku mendapat result yang baik,4 Flat.hehehhehe...Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu.muahh sikit..=*

Universiti Kebangsaan Malaysia........
hahhaha...universiti yang dah lama aku impikan dan syukur aku dapat menjejakkan kaki.hihihii..bukan jejakkan kaki je,dapat belajar lagi..alhamdulillah.

Okey..sekarang aku nak cerita cita-cita aku pulak. Aku ni cita-cita memang tinggi.hahha.biasalahkan,semua orang ada cita-cita.Macam aku,aku nak jadi usahawan perniagaan batik.hehhe..aku pon tak tau matlamat aku ape sebenarnya.hahha..tapi tiap kali aku tengok dokumentari tentang batik di Malaysia ni,aku jadi tertarik sangat-sangat.hahhahha

Setakat ni aje laa coretan aku sebagai perkenalan diri...ouhhh! lupe nak mention yang aku pelajar tahun satu di UKM dalam jurusan pengurusan perniagaan.hehe...

Assalamualaikum..xoxo

No comments:

Post a Comment