Sunday, 27 September 2015

OBSES

OBSES!

Sebelum tu,Assalamualaikum semua and hi to non muslim.hehe

Hari ni aku nak cerita tentang 'obses', seperti mana korang semua tau maksud obses ni luas dimana perasaan kita atau naluri kita yang terlalu meminati sesuatu sehingga sanggup atau berusaha untuk melakukan apa sahaja demi apa yang dihajati.

Samada kita perasan atau tidak,sebenarnya kita seolah-olah menghambakan diri kita pada sesuatu perkara yang kita kehendaki. Pada pemahaman aku jugak, obses ni semacam satu penyakit yang boleh membawa kepada perkara positif ataupun negatif.

Okey.Sebagai contoh, berbalik pada diri sendiri.khikhikhikkk

COKLAT~~~

Tipu la kalau aku kata dalam dunia ni siapa je yang tak suka makan coklat dan aku adalah antara insan-insan terpilih yang gemor bebenor dengan coklat ni.lagi-lagi coklat yang mahal-mahal ni.yummmm!!

Tapi aku tak de la terlalu obses sampaikan hari-hari wajib makan coklat.hahhahaa....
Setahu aku la kan....makan coklat ni dapat merendahkan tekanan seseorang.betul ke???
Kalau nak tau lebih lanjut,tanya la pada yang pakar tak pun,hujung jari nii,siapa lagi kalau bukan pak cik google.kahkahkah...

Tapi serius talk la kan..coklat ni kalau dilihat dari aspek yang positif,banyak kebaikannya bukan hanya boleh mengemokkan badan aje ye..Antaranya adalah ia berfungsi untuk manjaga kelembutan kulit wajah,menegang dan menghaluskan kulit,mencegah kedutan pada wajah dan lain-lain lagi.korang search la ye.hehhehe...






AKSARAKU


Assalamualaikum wbt....
Bismillahirahmanirahim...hari ini aku cuba mencoret kata-kata sebagai perkenalan di alam blogging, dan in syaa Allah blog ini akan diisi dengan coretan hasil tangan aku sendiri.

Nama yang dikurniakan ialah Fatin Nur Hazierah Binti Ruzaini. Puteri sulong kepada Encik Ruzaini dan Puan Faizah. Mempunyai dua orang 'bodyguard' dirumah iaitu abang aku..khikkhik...dan seorang adik lelaki dan adik perempuan yang montel.

Melihat dunia pada 13 November tahun 1996 dan secara rasminya aku masih berumur 18 tahun.huhuhu.feeling muda kejap (mata keatas tangan di bahu). dengan bangga aku adalah anak jati Melaka. 

Aku memulakan langkah dialam persekolahan seperti biasa di tadika di mana aku mengenal huruf dan seterusnya di Sek. Keb. Jalan Dato' Palembang, dengan result UPSR yang cukup-cukup makan aku melangkah ke Sek. Men. Bukit Baru. Alhamdulillah aku diterima untuk menempatkan diri di Sek.Men.Teknik Melaka.

Selepas result SPM,aku meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor dalam jurusan Perakaunan.Alhamdulillah berkat usaha dan doa dari orang-orang tersayang. Aku mendapat result yang baik,4 Flat.hehehhehe...Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu.muahh sikit..=*

Universiti Kebangsaan Malaysia........
hahhaha...universiti yang dah lama aku impikan dan syukur aku dapat menjejakkan kaki.hihihii..bukan jejakkan kaki je,dapat belajar lagi..alhamdulillah.

Okey..sekarang aku nak cerita cita-cita aku pulak. Aku ni cita-cita memang tinggi.hahha.biasalahkan,semua orang ada cita-cita.Macam aku,aku nak jadi usahawan perniagaan batik.hehhe..aku pon tak tau matlamat aku ape sebenarnya.hahha..tapi tiap kali aku tengok dokumentari tentang batik di Malaysia ni,aku jadi tertarik sangat-sangat.hahhahha

Setakat ni aje laa coretan aku sebagai perkenalan diri...ouhhh! lupe nak mention yang aku pelajar tahun satu di UKM dalam jurusan pengurusan perniagaan.hehe...

Assalamualaikum..xoxo